01 December, 2010

Main PS2 kot..

"Wakakaka.."

Ape ni bang?, tak kan kalah main PS2 pun nak monyok..Rilek la..dengar ni..Gua nak bagi tau satu cerita baik punya..

Nun kat london tu..kat tempat pasukan bola yang ko sanjung2 tu..ada gak team bola yang lagi haramjadah dari cara ko main PS2 tadi..

Ape?..tak caya?..Baca ni..

LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.

Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata.

Hah!..caya?tapi tu mungkin la..sebab kelab tu tak la ada pemain mahal..boleh le kene ayam macam tu..

Tapi pasukan hang tu..gaji dah la besar, beli player pun mahal2, aku rasa sebulan gaji pembancuh air team hang pun dah same ngan gaji owang keje gomen 5 tahun.Rilek la..baru kene 5-0..

Ape de hal...


30 November, 2010

Kolar Putih

"kok..ko..kok.kooookkkkk!!" (sila buat bunyi ayam berkokok untuk feeling yang lebih)..

Aduii, bunyi dah En.Ayam ni..rasa nak berlari ke dapur ambik pisau pun ada.Tapi kalau takde ayam tu, sure gak la aku boleh dapat 3x warning latter datang lambat.

TQ En Ayam.

Gua lalui hari macam selalu gak wa lalui, lalu pun jalan yang same, jumpa owang tepi jalan yang same (gamak tak balik umah kot owang tepi jalan tu, baju pun same je), jumpa 1 geng penyalak tak bertempat yang same.Huh!!..tapi kali kene langkah gak.Kut tak..berdiri kat situ je la kan?

Owh hari ni de lain sikit, wa tercepat sampai kat stesen komuter.Ada sowang mamat tu baik hati tumpangkan wa naik kaldai beroda 2 dia.Walau pun jarak wa tumpang tu ngan stesen dah dekat, tapi wa tak sampai hati nak menolak pelawaan dia.(Dah malas nak jalan kaki, letih bai..)

Sampai awal, tapi wa tetap naik tren kul 7.30, sampai pun dalam kul 8.15..sempat je nak masuk opis..(Ape de hal..)masuk awal2 pun bukan leh comfirm cepat.

Kote!!

Macam selalu gak.Kaki wa melangkah kuar dari tren tepat kul 8.15.Tak perlu la rasanya untuk wa jalan laju2 g opis, sebab kalau wa ber`tenteng' pun sampai gak..tapi peluh macam mandi la.

Kat opis, wa duk wat keje aku (walau pun selalunyer aku lepak lagi banyak dari buat keje..)Benda yang paling hebat wa lakukan kat opis ni adalah ilmu yang tak perlu menuntut sampai ke gunung ledang atau gunung pompuan mana2 yang korang suke, sebab dia akan lahir dari dalam diri..itulah teknik yang dinamakan `Buat2 Bz'.

Tapi kalau memg de keje, wa buat gak bai..tak nak la makan rezeki tak ikhlas ni.

Gua pun tak tau berapa lama wa akan jalani hidup yang same ni.Lu orang lak rasa sampai bile?

Ceh!!


18 November, 2010

Tinta menari

Sudah terlalu lama rasa nya tidak bersenam jari-jemari ni.Terlalu banyak hal yang berlaku.Tak mampu nak dikupas satu persatu kenapa dan mengapa.Cukup la kalau dikatakan yang hidup ni makin sukar.Namun, dengan kekuatan yang tinggal secebis, hidup kene terus jugakkan?

Tiap2 hari perjalanan pergi kerja menaiki komuter, bagi aku permandangan yang berbeza2.Kadang2, mengajar kehidupan untuk jadi kurang ajar.Mungkin gak hidup sopan santun antara penduduk bandar ni dah mula atau dah lama pun hilang.Bila time kerja habis, komuter padat dengan pelbagai jenis orang, yang sopan hingga yang kurang ajar, yang tua sampai ke budak2 yang masih menyusu.Bau?jangan citer la..rasa nyer iklan deodorant kat tv tu masih lum berkesan pada kebanyakkan orang.

Pernah aku tengok sorang akak ni muke dah naik biru bila kedudukan dia berdiri, betul2 dihadapan sorang lelaki yang mengangkat tangan untuk pegang besi.Aduiyai..kesian..tak leh nak bergerak langsung dari kedudukan tu.Bukan dia tak hint ngan cara letak tangan kat hidung, tapi mamat tu buat macam tak tau je.Mungkin jenis tak makan saman kot.

Tepat pukul 7 malam, aku mesti sampai ke destinasi aku..tiap2 hari macam tu.Pastu mula kaki aku melangkah sejauh 3km untuk sampai rumah.Sejak kereta aku kene curi ni..macam tu la kehidupan setiap hari.Kereta kene curi?..bukan pakai kete ferrarri ke, lambogini ke untuk kene curi..ni pakai iswara je..terdesak sangat ke mamat yang curi kete tu?Bila dah macam ni..kene la aku hidup macam dulu balik.Mujur gak dulu aku selalu jalan kaki time tak de kete.Tak de la aku terkasima sangat bile jadi macam ni.

Ape yang boleh buat pun, doa je la.Nak dapat balik kete tu?aku dah tak yakin.Ntah jadi pe agak nyer.Tunggu je la claim yang entah bile kuar nyer.Biasa la owang insuran ni, time nak duit orang, bukan main laju, bile bayar duit orang?..siput pun boleh menang.

12 July, 2010

'Pork' tone nye hal 2

Maka makin Gundah gulana lah Memanda Menteri memikirkan tentang kehidupan yang sedang dilaluinya.Semua yang dilakukan tidaklah kena pada pandangan mata dan kata hatinya sendiri.Berulang kali Memanda Menteri cube mencantumkan jalur2 akal dalam pikiran, mencari jalan penyelesaian.Hatinya tidak tenang memikirkan 'Darling'nya masih dirawat dihospital.Tidaklah diketahui bagaimana keadaannya ketika itu.Hendak dijengok, tiada kuda.Hendak dibiarkan, risau kesihatan makin meruncing.Bukanlah ongkos yang difikirkan, bukan juga pengorbanan yang harus dileburkan, tetapi memikirkan tentang bagaimana untuk teruskan aktiviti harian dalam mencari rezeki.Ibarat kata orang2 tertentu " umpama patah kaki" layaknya Memanda Menteri ketika itu.

3 hari yang ditunggu, akhirnya tiba untuk Memanda Menteri bertemu dan menjemput pulang 'darling'nya dari hospital yang pasti sekali membosankan.Perjalanan jauh yang terpaksa Memanda Menteri lalui, tidaklah mampu melunturkan semangat yang menebal dalam jiwanya.Sebelum tiba tempat dituju, Memanda Menteri dikejutkan dengan panggilan telefon dari pihak hospital mengatakan 'darling' itu masih dalam keadaan nazak tetapi 'kecekapan' pihak hospital berjaya menidakkan saat2 nazak itu.Namun tiap usaha pastilah ditukar ganti dengan beberapa keping kertas yang dahulunya bersimbol $.Ah!, asalkan 'darling'nya sihat dan cergas, segalanya pasti diusahakan.

Dengan bayaran sebanyak Rp4536677.116, dapatlah Memanda Menteri bertemu dengan 'darling' yang telah lama menanti kehadirannya.Gembiralah sepasang kekasih ini untuk memadu asmara dan melempaskan rindu yang mendalam.Sangka panas sampai ke petang, rupenya hujan ditengahari.Itulah yang berlaku pada Menanda Menteri.Belum pun sempat melepaskan segala rindu didada, 'darling'nya terpaksa dihantar semula ke hospital.Hasil siasatan mendapati paru2 nya harus ditukar dengan kadar segera.Aduh, lawak apa ini?

Dan walaupun paru2 baru telah ditukar, tidak la Memanda Menteri dapat menemui 'darling'nya semula.Semua gara2 tidak punya kewangan sebanyak Rp1417711.5987 untuk menjelaskan bil hospital.Segala kewangan yang ada, telah dicurahkan pada pembayaran pertama.Tercari2lah Memanda Menteri disegenap usahanya, mencuba dan terus mencuba agar semua musibah itu dapat diselesaikan.Namun apakan daya, segala usaha yang termampu dilakukan tak membuahkan hasil.Tiada lagi ruang untuk semua itu.

Namun kasih ALLAH tidak bertepi, dalam Memanda Menteri terbelenggu dalam kesusahan, masih ada insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan.Tak terhingga Memanda Menteri memanjatkan doa kesyukuran, tidak terbalas jasa insan mulia itu, namun pe yang Memanda Menteri harapkan, jasa itu akan terbalas kalau bukan didunia, diakhirat Memanda Menteri akan jelaskan.

05 July, 2010

'Pork' tone nyer hal

Suatu ketika, kelihatan Memanda Menteri sibuk berbual dengan peghulu Kg Badak dan Kg Rimau tentang kisah perjalanan sepasang suami isteri yang terberhenti di tepi jalan dek kerana kenderaan yang mereka naiki mengalami kerosakan yang berulang-ulang.
Bukan tak pernah sang suami cuba untuk memperbaiki agar perjalanan dia bersama isteri nya tidak bermasalah, namun perkara yang sama masih berulang.
Dalam sang suami mula menahan geram kerana masih tidak boleh membaiki, datanglah sang isteri menenangkan hati dan perasaan suami.Tentu sekali sang suami merasa bertuah kerana dikurniakan isteri yang memahami.
Sang suami terus mencari jalan, cuba menghubungi rakan2 agar ada sedikit bantuan yang mana tahu, boleh dihulurkan.


Maka berjayalah jua sang suami mencari bantuan, dengan datang nya Pak Lat dari kawasan berdekatan, perkenalan yang lama sedikit sebanyak membantu jua sang suami dalam cuba mengharung derita.Baru 5 minit Pak Lat cuba untuk membantu, datang pula Pak Tam menghulurkan bantuan, datangnya dari hubungan Pak Tam itu sendiri dengan saudara rapat sang suami.

Dan bercerita lah suami itu pada Pak berdua, apa yang terjadi pada kenderaan milik nya..Tidak lebih dan tidak bukan hanya untuk mengetahui punca kerosakan itu datang kembali menghinggap di kenderaannya.

Sang suami seakan terperanjat dengan harga barang yang perlu ditukar pada kenderaan nya, bukan nya lebih mahal, tapi jauh lebih murah. Sang suami terkesima dan terpana sebentar, seakan tidak percaya kerana pada baginya, jika menghantar kenderaan ditempat kaum sebangsa diri nya, pasti akan dapat harga yang berpatutan.Namun keadaan jadi terbalik bila Pak tam mengeluarkan harga yang labih murah.
Sang suami tidak punya pilihan, maka kenderaan itu dibawa jua ke kawasan milik Pak tam.Memandangkan hari semakin gelap dan perjalanan sang suami masih jauh untuk menghantar isteri tercinta pulang kedakapan orang tua nya, Pak tam mengizinkan sang suami meminjam dahulu kenderaan miliknya.
Sepanjang perjalanan, sang suami berfikir..mengapa kaum sebangsa nya seringkali bermain dengan harga dan perkhidmatan, sedangkan letih, penat dan nilai barang yang ditukar adalah sama?